Keterlibatan dalam Revolusi Paul Revere

Perjalanan rahsia

Pada 4 April 1775, pegawai Jawatankuasa Perhubungan (Committee of Correspondence) Joseph Warren mendapati pemerhatian yang menandakan kemungkinan maranya tentera British. Beliau mengarahkan Revere ke Concord tempat bersidangnya Kongres Provinsi Massachusetts serta gedung senjata utama pemberontak. Arahan ini dilanjutkan Revere kepada koster dan penjaga perkuburan Gereja Utara bernama Robert Newman selain mengarahkannya menyalakan suatu lentera untuk mengisyaratkan penduduk Charlestown sebaik diberitahukan: dua lentera dinyalakan jika pihak British dikhabarkan tiba melalui jalan sungai Charles, sebiji sahaja jika merema melalui jalan darat.[16]

Revere berkuda menuju ke Lexington sambil menyebarkan maklumat kemaraan British kepada para pejuang berkuda lain yang melakukan perjalanan mereka sendiri; sebanyak 40 orang yang membawa berita ini sepanjang kaunti Middlesex. Revere tiba di Lexington pada sekitar jam tengah malam diikuti William Dawes; mereka bertemu dengan Samuel Adams dan John Hancock mengaturkan langkah seterusnya. Revere dan Dawes kembali berkuda ke Concord diikuti Samuel Prescott yang seperjuangan selepas balik dari rumah seorang kawan[17][18] Perjalanan mereka bertiga segera menggerakkan semua orang dalam laluan mereka bertindak mengalihkan semua bekalan senjata api mereka jauh dari bandar tersebut.[19]

Ketiga-tiga pekuda ini mendapati diri ditahan dalam suatu sekatan jalan raya tentera British di Lincoln dalam perjalanan kembali.[17] Prescott berjaya meloloskan diri melompat atas suatu tembok memasuki hutan belantara dan berjaya tiba di Concord secara sembunyi, begitu juga dengan Dawes tetapi terjatuh dari kudanya yang terlepas.[20] Revere dibawa menuju ke berek tentera untuk disoal siasat lanjut, tetapi suatu tembakan menarik perhatian pihak tentera yang meninggalkan Revere untuk membuat siasatan lanjut; Revere kembali ke rumah Adams untuk melaporkan keadaan.

Rujukan

WikiPedia: Paul Revere http://www.paul-revere-heritage.com/ http://www.reverecopper.com/about-us http://singapore.usembassy.gov/president_at_nus.ht... http://singapore.usembassy.gov/sp_051806.html http://www.danagioia.net/essays/elongfellow.htm http://www.metmuseum.org/collections/search-the-co... http://www.mfa.org/collections/search_art.asp?coll... http://www.paulreverehouse.org/ http://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SI... http://infopedia.nl.sg/articles/SIP_951_2004-12-23...